Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops March 21, 2019 @ 12:00pm

4 penghidap sindrom Down ini terkenal di seluruh dunia. Nombor 4 paling mengejutkan!

Tanggal 21 Mac ialah  hari istimewa bagi meraikan individu yang menghidap sindrom Down di seluruh dunia.

Biarpun dilahirkan dengan kromosom tambahan, penghidap sindrom Down juga manusia biasa yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Bersempena dengan sambutan Hari Sindrom Down 2019, Hijab & Heels berkongsi kisah beberapa wanita yang membuktikan mereka juga mampu berjaya walaupun hidup sebagai penghidap sindrom Down sebagai berkenaan.

1. Collette Divitto

Collete Divitto sindrom down

Foto: Onda Cero

Wanita muda yang lahir pada 1990 itu adalah pengasas Colletty’s Cookies. Colletty’s Cookies mula beroperasi pada 2015 di Golden Goose Market. Pada awalnya, Divitto  menghasilkan 100 biskut seminggu, namun jumlah itu meningkat kepada 50,000 selepas biskutnya menjadi viral.  

Graduan daripada Universiti Clemson di South Carolina itu adalah seorang yang gigih dan berjaya membuktikan kekurangan yang dialami bukan halangan untuk beliau bergelar usahawan berjaya.

Sumber video: YouTube

2. Madeline Stuart

Madeline Stuar sindrom down

Foto: Husskie

Wanita yang mesra disapa Maddy itu menjadi fenomena di seluruh dunia apabila menjadi penghidap sindrom Down pertama yang model profesional. Kisah Maddy menjadi perhatian dunia dengan hampir tujuh juta orang mengikuti perjalanannya dalam usaha mengurangkan berat badan.

Wanita yang berasal dari Brisbane, Australia itu mahu menjadi inspirasi kepada masyarakat bahawa dengan  kekurangannya beliau tetap berjaya mencapai impian, selain mahu mengubah persepsi bahawa cantik bukan hanya pada luaran, namun bermula dari dalam.

Madeline Stuart

Foto: madelinestuartmodel.com

Foto: Naluda Magazine

3. Chelsea Warner

Chelsea Warner

Foto: Truth Theory

Chelsea adalah ahli gimnastik yang tidak menjadikan sindrom Down sebagai penghalang untuk kejayaannya. Pernah memenangi Kejohanan Kebangsaan Olimpik Khas Amerika Syarikat (AS) sebanyak empat kali, wanita berusia 27 tahun itu berharap beliau dapat menjadi contoh kepada masyarakat agar tidak berputus asa untuk menghadapi cabaran dalam hidup.

Foto: The Epoch Times

4. Kate Grant

Kate Grant

Foto: Evoke.ie

Wanita muda berusia 20 tahun itu mendapat perhatian masyarakat global apabila berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Remaja Dunia pada 2018. Berasal dari Ireland Utara, Kate turut dipilih menjadi model untuk produk kosmetik terkenal Benefit.

Kate Grant

Foto: Shape.com

Hebat pencapaian mereka dan pastinya memberi inspirasi kepada ramai wanita. Mereka ini antara wanita yang membuktikan penghidap sindrom Down juga boleh berjaya seperti wanita biasa yang lain! Jadi, jika ahli keluarga atau orang sekeliling anda menghidap sindrom Down, jangan pandang rendah terhadap keupayaan mereka dan beri sokongan kepada mereka!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Dec 2020
Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Mon, 21 Oct 2024
Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

“Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Siti Nurhaliza sendiri mengakui susah untuk menyanyi 4 hari berturut-turut.

Kisah Viral Tue, 16 Jul 2024

Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Kepada Isteri Suspek Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh?

Semoga kes ini dipermudah dan kebenaran akan terbongkar.. 🥹 Al-fatihah, Nur Farah Kartini ❤️

error: Content is protected !!