Categories: Trending

‘Step’ Mudah Tukar Status Perkahwinan BPN 2.0 Korang!

Bermula 15 Oktober 2020, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 telahpun dibuka bagi semua individu warganegara Malaysia yang masih belum membuat permohonan.

Namun, jika korang berdepan pertukaran status perkahwinan, jangan risau ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini :

  1. Muat turun Borang Pembatalan Permohonan BPN 2.0
  2. Lengkapkan borang dan bawa bersama sijil nikah/ cerai ke cawangan LHDN (Pemohon dan pasangan)
  3. Setelah ruangkan telah lengkap, klik HANTAR
  4. Buat Permohonan Baharu BPN 2.0 secara atas talian (Online)

Bagi bujang yang bertukar status kepada berkahwin, perlulah mengemukakan permohonan baharu ATAU rayuan mulai 15 Oktober 2020 bagi kategori isi rumah.

Manakala, bagi pasangan yang telah bercerai perlulah menghantar borang permohonan baharu bagi kategori ibu/ bapa tunggal.

Kadar bayaran BPN 2.0

Bayaran BPN 2.0 yang akan diterima adalah mengikut status terkini berdasarkan maklumat yang telah diberikan.

  • Isi rumah B40 – RM1,000
  • Bujang B40 – RM500
  • Isi rumah M40 – RM600
  • Bujang M40 – RM300

Mudah bukan? Untuk maklumat lanjut dan info terkini berkaitan BPN 2.0, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan Bayaran BPN 2.0 Korang, Yang Tak Lulus Boleh Buat Rayuan Segera!

Salma Syahbuddin