Trending By: SGMS Faida May 25, 2018 @ 4:26am

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Susulan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dibunuh sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata, Port Dickson, malam tadi, Polis menahan bekas teman lelaki mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, suspek berusia 19 tahun ditangkap di rumahnya di Taman PD Idaman, Lukut kira-kira satu kilometer dari tempat mayat ditemukan.

Katanya, suspek yang juga penuntut KVPD itu ditahan kira-kira 15 minit selepas mayat Nur Alya Damia Hairi, 19 ditemui oleh penduduk pada 10.30 malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja itu di tepi jalan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk mendapatkan perintah reman hari ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Mar 2018

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

Trending Wed, 18 Jul 2018

「全球最矮小的可爱夫妻」生育子女是他们最烦恼的事

人们常说,只要真心相爱,身高、距离、年龄都不会是问题!这对夫妻的身高均不足0.9米,但却身体力行地向人们证明了在爱面前,其它什么都不重要。

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Sat, 16 Oct 2021
Featured Sat, 16 Apr 2022
Trending Wed, 27 Jun 2018

CEO of Government-Linked Company Arrested by MACC

Millions of Ringgit are involved!

Featured Tue, 6 Jun 2023
Events Thu, 15 Feb 2024