Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie November 7, 2023 @ 5:49pm

Syafiq Tuduh Kakak Sengaja Putuskan Bekalan Elektrik, Ini Respons Shila Amzah – “Saya Bukan Owner TNB”

Penyanyi sensasi Shila Amzah menyangkal dakwaan dia sengaja memutuskan bekalan elektrik kediamannya yang terletak di Hulu Langat.

Terdahulu, Shila sudah meminta kekasih kepada adiknya Syafiq untuk keluar dari rumah kerana wanita itu menetap di situ tanpa keizinan sejak tahun lalu.

Meskipun berang dengan perbuatan wanita berkenaan, Shila masih mempunyai hati perut dan tidak tergamak untuk memutuskan bekalan elektrik.

“Saya bukan kaya pun, bukan owner TNB. Saya juga bukan seorang yang tak berhati perut,” katanya kepada XTRA.

Difahamkan, Shila akan berbincang dengan adiknya, Syahir terlebih dahulu tentang apa-apa perkara yang melibatkan keputusan penting.

Terdahulu, Shila dan Syahir tampil memberikan respons berkenaan Syafiq yang didakwa menjaja kisah keluarga untuk meraih simpati ramai demi meminjam wang.

Terkedu dengan pendedahan bekas isteri adiknya, Nurul Anis Waheeda, Shila dan Syahir menyatakan mereka sudah tidak mahu ambil tahu tentang perbuatan Syafiq.

Menurut Syahir, sebagai adik dia berpendapat Syafiq sudah berada ditahap usia yang mampu menguruskan segala perihal kewangan serta bijak dalam membuat sebarang keputusan.

“Kami sebenarnya memang tak ambil tahu pun, apa-apa yang dia buat saya memang tak ambil tahu.

“Dia lelaki dan berada diperingkat umur yang dia boleh buat keputusan sendiri jadi itu adalah haknya. Apa pun kesan adalah kepada dirinya sendiri,” kata Syafiq.

Dalam perkembangan lain, Shila dan Syahir kini terlibat dalam program TV3 Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam.

Selain Shila dan Syahir, program nyanyian itu juga turut disertai oleh Tom dan Fuad, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Adira dan Emma, Ryan dan Adam, Syaiful dan Sharif.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo Musim Ketiga itu setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 dan secara strim menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025

[VIDEO] Suami Puji Bonda Rozita Bertenaga Macam Wanita Muda – “Umur Dah Tua Tapi Dalaman Sihat”

Suami akui tenaga Bonda Rozita luar biasa, tak padan dengan umur sebenar

Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

Featured Sun, 1 Oct 2023
error: Content is protected !!