Categories: Trending

“Tak Boleh Salahkan Sesiapa…” – Anak & Bekas Isteri Fizo Omar Positif COVID-19

Setelah rakan artis dan juga pengacara, Alif Satar dijangkiti Covid-19, kini Fizo Omar turut berdepan kesedihan yang sama apabila bekas isterinya Mawar Karim dan anaknya, Maryam disahkan positif Covid-19. 

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, Fizo menjelaskan Mawar dan Maryam disahkan positif pada 1 Januari lalu.

Menurut Fizo lagi, Mawar dan anaknya kini sedang menjalani rawatan di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Saya tak boleh salahkan mana- mana pihak. Tiada siapa yang mahu anaknya dijangkiti”. 

“Sebagai bapa saya kehilangan kata kata, saya sangat hargai doa anda semua” kongsinya.

Walaubagaimanapun, Fizo disahkan negatif setelah melakukan swab test pada 2 Januari lalu. 

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar dan Maryam. Semoga Fizo dan keluarga terus kuat. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”