Categories: Trending

“Tak Tinggal Sebumbung? No Comment” – Siti Saleha Enggan Ulas Lanjut Masalah Perkahwinan

Pelakon Siti Saleha, 31, menganggap isu rumah tangga yang menimpa dirinya sebagai satu ujian.

Memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35, pada 13 Oktober lalu, Saleha meminta agar semua pihak menghormati ruang peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Ketika ditanya mengenai adakah dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami dan adakah orang ketiga menjadi punca masalah rumah tangga, Saleha enggan memberikan komen.

“No comment. Saya minta semua respek ‘space’ saya. Saya enggan komen apa-apa berkenaan hal peribadi saya, saya minta maaf.

“Apa-apapun, saya nak semua orang tahu yang saya okay sahaja. Ya, perkara ini adalah satu ujian untuk saya tetapi trofi ini menjadi hadiah istimewa tahun ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur Masih Kekal Relevan, Siti Saleha Menang Lagi

Saleha yang memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular ditemui Xtra usai Anugerah Bintang Popular BH ke-34 pada Sabtu.

Bersyukur kerana kemenangan berpihak kepadanya, Saleha berterima kasih kepada kelab peminatnya.

“Sejujurnya, sukar untuk saya kekalkan trofi ini tetapi rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. Ini semua hasil kerja keras peminat dan saya sangat menghargai mereka.

“Semenjak awal penglibatan, peminat tak henti menyokong dan itu merupakan tunjang utama kerjaya saya dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur,” katanya.

Padin