Categories: Trending

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Kes kehilangan seorang penuntu Malaysia di London sejak beberapa minggu lalu yang menjadi tanda tanya kini menemui jawapan apabila mayatnya ditemui di Serpentine, Hyde Park, London pada hari Isnin lalu.

Mayat Muhammad Hafiz Zainal selamat dikebumikan di tanah perkuburan Garden of Peace Muslim, Ilford, London semalam.

Pengebumian itu dilakukan beberapa jam selepas ketibaan ahli keluarganya dari Malaysia

Pengebumian tersebut turut dihadiri oleh Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, termasuk Pengerusi Caj d’Affaires Mohd Suhami Jaafar, Penasihat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Khairil Azwan Abu Mansor.

Zainal Epi memberitahu bahawa kehilangan anaknya merupakan sesuatu yang tidak diduga, tambah beliau lagi arwah tidak pernah lupa untuk menghubungi keluarganya pada setiap hari.

“Arwah tidak lekang dari mengucapkan selamat pagi kepada ibunya setiap hari, sama juga seperti anak-anak yang lain”kata Zainal Epi mengenai anak kesayangannya, Muhd Hafiz  yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia di Kolej Imperial London sejak tahun 2015.

Menurut Zainab, ibu kepada Muhd Hafiz , kali terakhir beliau menghubungi anaknya itu adalah sekitar jam 3 petang, Hafiz ketika itu dipercayai  berada di sebuah restoran Melayu kegemarannya di Queensway.

Pihak polis menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada Isnin lalu ketika menemui jasad Muhd Hafiz di sebuah tasik di Serpentine  berdekatan dengan kawasan kolej beliau. Pihak Ambulans London berjaya mengenalpasti mayat Muhd Hafiz berdasarkan kad pelajar miliknya.

Walaubagaimanapun, punca kematian masih belum dikenalpasti. Semoga roh Muhd Hafiz di tempat di kalangan orang beriman. Takziah dari kami warga Xtra. 

 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”