Ada Apa Dengan Hael Husaini Dan ‘Lagu Cinta Kita?’

Sebuah program realiti baru di TV3 bakal menemui penonton bermula pada 21 April 2019, setiap hari Ahad jam 3 petang, program ini akan bersiaran selama dua jam. 

Program yang dikenali dengan ‘Lagu Cinta Kita’ ini diadaptasi daripada program realiti popular di Vietnam iaitu ‘Love At First Song’, di mana para peserta akan berduet melalui pilihan lagu untuk menguji keserasian masing- masing.

‘Lagu Cinta Kita’ akan dihoskan oleh Nana Mahazan dan buat pertama kalinya menampilkan Scha Al Yahya dan Hael Husaini sebagai juri tetap, juri jemputan akan dijemput stiap minggu. 

Menerusi program ini, seramai 16 peserta akan dipilih dan dibahagikan kepada 8 pasangan, pada konsert pertama, para peserta perlu membuat persembahan duet di hadapan juri dan penonton. Apa yang menariknya, para peserta akan diberi kejutan kerana mereka tidak mengenali siapa pasangan duet mereka.

Sekiranya para peserta berjaya melepasi misi tersebut, episod kedua ‘ Camp Love Song’akan menyusul. Para peserta akan mengikut tema OST yang diberi seperti filem dan muzikal dan lain-lain.

Pasangan dengan markah terendah akan tersingkir, pemenang yang berjaya akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000.

“Saya berasa bangga kerana pihak produksi memilih saya untuk mengadili program ini. Ianya satu batu loncatan untuk saya ke hadapan.” ujar juri tetap, Hael Hussaini. 

“Kami mencari peserta yang mempunyai kriteria seperti matang dari pelbagai sudut.  Kalau nak masuk sesuatu program realiti, peserta haruslah kuat mental dan fizikal dan semestinya mempunyai X-factor sebagai seorang penyanyi” kata Hael Hussaini yang ditemui di Sri Pentas, Tv3.

Episod pertama Lagu Cinta Kita disiarkan secara digital dan ekslusif, bermula 19 April 2019, setiap Jumaat dan Sabtu di laman Youtube TV3MALAYSIAOFFICIAL pada jam 9 malam. 

Ad Ops