Trending By: Padin December 23, 2020 @ 5:01pm

Tampil Dengan Filem Pendek Pertama, ‘Misi: Juang’ Tanda Terima Kasih Ejen Ali Kepada Frontliners

Berikutan kejayaan kempen ​Ejen Ali #KitaJagaKita, Primeworks Studios dan WAU Animation telah bergabung sekali lagi untuk menerbitkan filem pendek pertama ​Ejen Ali berjudul Misi: Juang.

Misi: Juang akan dilancarkan pada 25 Disember 2020 ini, pada jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi ​Ejen Ali.

Selepas filem pecah panggung ​Ejen Ali The Movie mencipta rekod kutipan box office pada November 2019, lagu runut bunyi ​Kita Jaga Kita nyanyian Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah muncul menjadi ikutan dan laungan rakyat Malaysia untuk bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain ketika wabak COVID-19 mula dirasakan pada awal tahun 2020.

Berteraskan semangat ​Kita Jaga Kita yang sama, Misi: Juang didedikasikan khas untuk petugas barisan hadapan, sebagai penghargaan atas kecekalan dan keberanian mereka dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Misi: Juang menampilkan usaha Ejen MATA dan rakyat yang bergabung bersama-sama petugas barisan hadapan di medan perang untuk melawan angkatan tentera COVID-19 yang mengancam nyawa.

Mengetengahkan rendisi baru lagu tema ​Kita Jaga Kita, ​filem pendek ini menjadi lebih menarik dengan penampilan khas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang membawa watak cameo untuk bergabung tenaga dengan Ejen MATA di medan pertempuran.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, Misi: Juang menjadi apresiasi kepada semua barisan hadapan yang berkorban demi negara.

“Setiap hari petugas barisan hadapan kita berada di medan perang, melawan musuh yang tidak dapat dilihat.

“Dengan peningkatan jumlah kes positif setiap hari, kami ingin menyeru semua Ejen diluar sana untuk turut serta dengan Misi: Juang menzahirkan rasa terima kasih dan menunjukkan penghargaan atas usaha dan pengorbanan mereka.

“Hendaklah sentiasa berwaspada, mempraktikkan dan mengikuti protokol keselamatan supaya bersama-sama kita memastikan pengorbanan barisan hadapan tidak sia-sia,” kata Usamah.

Pengarah Animasi, Perlesenan dan Pembarangan Primeworks Studios, Airin Zainul menambah:

“Sesungguhnya kita telah diuji dengan pelbagai rentetan peristiwa, cabaran dan dugaan yang luar biasa di tahun 2020.

“Namun kami berharap agar keadaan kembali pulih seperti sediakala pada tahun hadapan dan sejajar dengan kehidupan norma baru, kami ingin memperkenalkan rangkaian baru barangan E​jen Ali y​ang akan berada di pasaran bermula Januari 2021.

“Antaranya adalah cecair pembasmi kuman hasil kerjasama dengan Carrie Bacbuster dan pelitup muka pelbagai corak.

“Barisan barangan baru ini melengkapkan lagi koleksi barangan sebelum ini iaitu set papan permainan Misi: Boot Camp, kad permainan (trading card) Misi: Alliance dan komik Side Mission yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga di waktu lapang di rumah,” kata Airin.

Di musim cuti ini, ​Ejen Ali telah merekrut lima belas personaliti tempatan sebagai ejen untuk menyertai misi ‘unboxing’ Misi: Juang yang bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya duduk di rumah ketika ini.

Misi ini turut mendapat sokongan dari beberapa program TV tempatan yang akan turut serta sepanjang minggu ini.

Buat peminat filem animasi ​Ejen Ali The Movie,​ filem ini akan ditayangkan di TV3 pada 25 Disember ini, pada jam 10.00malam sebagai sebahagian daripada program istimewa sempena sambutan cuti perayaan dan menariknya, filem ini dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.

Ejen Ali ​mengisahkan mengenai seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan sebuah peranti pintar, IRIS, milik agensi pengintipan, MATA.

Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia.

Siri animasi Ejen Ali mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara.

Populariti siri ​Ejen Ali ​ini juga telah menyakinkan pihak produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang telah meraih lebih dari 7 juta muat turun sehingga kini menerusi aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.

Kejayaan siri ini seterusnya direalisasikan oleh kutipan box-office melalui filem ​Ejen Ali The Movie ​yang dilancarkan pada Disember 2019, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM32 juta di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai ​EJEN ALI,​ sila layari platform dibawah YouTube, Facebook, Instagram dan Twitter menggunakan kata kunci carian ‘Ejen Ali’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Featured Fri, 26 Jul 2024

Rita Rudaini Dakwa Tindakan SUHAKAM Tidak Adil? – “Mana Hak Asasi Arwah Zulfarhan?”

Min setuju dengan Rita! Min rasa isu ni dah settle. Tinggal lagi kes buli ni memang patut dihentikan segera!🔥💥

Trending Tue, 7 Jul 2020

Malaysia Bakal Alami Kegawatan Ekonomi Lebih Dasyat? Ini Jawapannya..

Umum mengetahui, Malaysia kini mengalami kegawatan ekonomi yang merundum. Semenjak PKP bermula, kerajaan terpaksa menanggung kerugian hampir berbillion. Kadar inflasi ini membimbangkan rakyat dan muncul persoalan sekiranya kegawatan ekonomi ini lebih dasyat berbanding apa yang […]

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Hiburan Fri, 18 Apr 2025

“Tak Perlu Lepas Sebut Nama Nak Ludah!” – Aaron Aziz Luah Rasa Berang Pada Siapa Tu?

Aaron Aziz berang, dakwa individu dalam industri hiburan meludah selepas sebut namanya

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Events Fri, 9 Jun 2023

Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Setuju, nak tak nak artis penat ke, kena juga ambik gambar kalau peminat tu 2 orang je. Kesian tau!

error: Content is protected !!