Categories: Trending

Tampil Dengan Lagu ‘Gatal Raya’, Janna Nick Raih Pujian Dari Peminat

Pelakon Janna Nick kini tampil dengan lagu raya terbaharunya yang bertajuk ‘Gatal Raya’.

Lagu itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit muzik.

Walaupun rentak lagu raya Janna ini sama seperti lagu asalnya ‘Gatal’, tetapi lagu ini berjaya mendapat penerimaan banyak pendengar.

Rata-rata yang mendengar lagu ini turut berpendapat, Gatal versi raya ini lebih sedap dan menarik untuk didengar serta memuji keberanian Janna untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Really outdone herself this time, and this version deserves more recognition and acknowledgement. Easily one of best latest modern raya song for sure. Keep it up Janna!,” komen seorang pengikutnya.

“Sedap la lagu gatal versi raya ni…bila nak keluar MV lagu Gatal versi raya ni…tak sabar dah ni,” komen seorang netizen.

“Bestnya lagu gatal versi raya.. Ni baru la, kepelbagaian muzik untuk lagu raya..hehe,” puji seorang pengikutnya.

Lagu ‘Gatal Raya’ ini boleh didengarkan menerusi YouTube Warner Music Malaysia sejak 22 April yang lalu.

Fatin Nurain