Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 28, 2021 @ 9:06pm

Tampil Gandingan Intan Najuwa & Idris Khan, Penerbit Bersyukur Drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Trending

Penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur apabila naskhah terbaharunya, Saat Kau Takluk Cinta Ini menerima pujian peminat.

Menurut Jaja, peminat meminati jalan cerita yang ditampilkan dalam drama adaptasi novel berjudul sama nukilan Sara Hezra.

“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat. Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” katanya.

Paling mengujakan apabila drama berkenaan juga trending nombor satu menerusi aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama ini menerusi aplikasi penstriman sejam selepas ditayangkan di slot Samarinda TV3.

“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.

“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” tambahnya.

Skrip diolah semula oleh Eja Lorena dan diarahkan oleh Zamri Zakaria ini menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama.

Kisah bermula apabila Haira Melissa lakonan Intan Najuwa telah dibuang daripada keluarga setelah dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari kawan baiknya.

Dalam hujan, dia yang menumpang berteduh di sebuah pondok bertemu dengan Rahhal Taufiq (Idris Khan) secara tidak sengaja dan bermulalah konflik satu persatu selepas itu.

“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.

“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” kata Jaja lagi.

Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Syazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Nak Upload Sesuatu, Saya Akan Fikir Banyak Kali” – Aliff Iskandar Enggan Popular Kerana Kontroversi

Tedahulu, Jaja melancarkan lagu Takdir nyanyian Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama ini. Lagu tersebut boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music dan boleh juga didengar melalui semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Inai Tersepit Pintu” – Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’

Wow, abang Bomba yang tolong Lofa ni rare eh, special! 🤣 Hanya dia saja buah hati pengarang jantung Lofa 🥰Gitewww 🤪

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Cari 12 Bakat Baharu, Penerbit Jaja Ishak Pentingkan Disiplin – “Pernah Jumpa Penyanyi Yang Enggan Datang Promosi”

Jaja Ishak menegaskan kejayaan seseorang artis tidak hanya bergantung pada bakat dan populariti.

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 27 Mar 2025

“Untuk Tuan Badan Mereka Ada Hak Nak Buat Apa Yang Patut”- Betty Rahmad

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad tampil memberikan respons susulan isu ‘ciplak’ yang sedng hangat diperkatakan.

Kes Mahkamah Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Fri, 17 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Peserta Top 5 Diberi Tugasan Lebih Mencabar?

Perjuangan mereka masih belum berakhir kerana untuk minggu ini, lima peserta yang layak akan diberikan tugasan lebih mencabar

error: Content is protected !!