Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2021 @ 3:59pm

“Sebelum Nak Upload Sesuatu, Saya Akan Fikir Banyak Kali” – Aliff Iskandar Enggan Popular Kerana Kontroversi

Penyanyi dan komposer muda, Aliff Iskandar, 21, enggan menempa populariti dengan mencipta sebarang kontroversi.

Tersenarai sebagai calon akhir kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 34 yang berlangsung baru-baru ini, Aliff lebih selesa untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengekalkan keperibadian yang baik.

“Saya tak mahu popular sebab kontroversi. Selain terlibat dalam dunia hiburan, saya juga merupakan pelajar dalam bidang perguruan. Ada yang cadangkan untuk saya buat gimik dan kontroversi untuk terkenal tetapi saya tak nak buat.

“Jadi, saya tak mahu terlalu ghairah untuk meraih populariti sehingga boleh mencalarkan imej seorang pelajar dan bakal guru. Sebelum nak berkongsi sesuatu di laman sosial pun, saya akan fikir banyak kali.

“Alhamdulillah, setakat ini respons peminat sangat positif dan saya terus mahu berusaha keras untuk memberikan kualiti kerja yang baik agar dikenali oleh ramai orang lagi,” katanya.

Aliff ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Takdir, baru-baru ini.

Bercerita mengenai Takdir, Aliff merakamkan ia dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.

“Lagu ini merupakan ciptaan saya dan liriknya pula hasil nukilan saya bersama penerbit Jaja Ishak. Ketika merakamkan lagu ini, saya masih belum pulih 100 peratus akibat Covid-19. Pernafasan agak berbeza berbanding sebelum diserang wabak ini, jadi saya perlu ambil masa sedikit.

“Alhamdulillah, biarpun ada cabaran, semuanya berjalan dengan lancar. Saya gembira kerana akhirnya lagu ini siap dan dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini terbitan Kembara Sufi yang bakal bersiaran di slot Samarinda TV3 tidak lama lagi,” katanya.

Takdir yang diterbitkan oleh Jaja Ishak Channel dengan kerjasama Indigital Music dan Alternate Records ini boleh didengari di semua platform digital.

Muzik videonya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Featured Mon, 25 Nov 2024

Digelar Ular & Pandai Putar Belit Cerita, Yuka Kharisma Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Madammu… Anggap Tuduhan Sebagai Fitnah Melampau

Yuka Kharisma tampil meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Trending Tue, 15 Dec 2020
Trending Tue, 29 May 2018

You Probably Didn’t Know These 7 Brands are Malaysian

Time to get to know our local scene better.

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Berdepan Kontroversi Yang Hampir Sama, Ini Pesan Shukri Yahaya Kepada Syafiq Kyle

Shukri Yahaya juga mengakui bahawa agak lama baginya untuk memadam dan membersihkan namanya ketika terpalit dengan isu kontroversi tersebut

error: Content is protected !!