Categories: Trending

Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Sebuah masjid bersejarah di wilayah Palestin telah diubah menjadi sebuah kelab malam. Permohonan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel yang menukar masjid bersejarah itu menjadi sebuah bar dan dewan perkahwinan telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar. Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.

Masjid terebut juga sudah berulang kali diubah fungsi, bangunan masjid ini pernah menjadi sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim. Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Beliau berkata semua dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan telah diserahkan kepada pihak mahkamah.

Pihak berkuasa Israel secara sistematik menceroboh tapak-tapak Islam di wilayah Palestin yang diduduki dengan tujuan untuk menghapuskan identiti mereka.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”