Categories: Trending

[Terkini] COVID-19: 134 Kes Baru Dan 1 Kematian Dilaporkan

Menerusi laman rasmi Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah mengumumkan sebanyak 134 kes baru telah dilaporkan berikutan pandemik COVID-19.

Angka terbaru itu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,817 kes.

Jumlah kes pesakit yang pulih juga dicatatkan meningkat dan melepasi catatan kes baru.

Sehingga kini, seramai 66 kes positif COVID-19 menerima rawatan di ICU dan daripada jumlah itu sebanyak 36 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan lain, Malaysia merupakan antara negara yang tertinggi mencatatkan angka sembuh berikutan wabak COVID-19.

Baca berita lanjut : [Terkini] COVID-19: Kadar Kesembuhan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Sumber: KKM Putrajaya

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”