[TERKINI] “Kebajikan Mereka Akan Ditanggung Oleh Kerajaan” Pelajar IPT Diminta Kekal Berada Di Kampus

Keputusan ini diambil selepas mendengar keputusan daripada pihak KKM dan PDRM supaya semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diminta kekal berada di tempat masing-masing sepanjang tempoh PKP.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam tempoh berkenaan kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan memastikan kebajikan dan makan minum mereka diutamakan.

Sumber : Google

“Kebajikan mereka dan makan minum akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Kalau sebelum ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan agar pelajar-pelajar yang masih berada di rumah-rumah sewa ataupun kolej dibawa pulang atau dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan dan usaha kerajaan memutuskan rantaian serta membendung penularan wabak Covid-19.

“Kita tidak mahu berlaku pergerakan besar-besaran yang mungkin jika dibenarkan akan terjadi kluster baru Covid-19

“Saya harap pelajar semua faham kerana tindakan ini adalah untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga dan masyarakat sekeliling apabila pulang ke kampung,” Jelasnya.

Salma Syahbuddin