Categories: Trending

[TERKINI] Semua R&R Akan Ditutup Bermula Hari Ini

Perjalanan merentas negeri selama empat hari bermula hari ini turut memperlihatkan semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuhraya termasuklah surau, dan gerai makan akan ditutup.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya penggunaan tandas di kawasan R&R sahaja dibenarkan.

Sumber : Google

” Justeru mereka yang terlibat dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri kerana gerai makanan ditutup dan pihak berkuasa juga akan berada di setiap R&R untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” Katanya.

Tambahnya lagi, bagi perjalanan jauh orang ramai dibenarkan untuk berhenti rehat di kawasan tersebut. Namun, perlu berada dalam kenderaan sahaja, selain itu operasi stesen minyak turut dibuka bermula dari jam 6 pagi hingga 12 malam di sepanjang lebuh raya.

Pergerakan rentas negeri selama empat hari bermula hari ini bertujuan membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan PKP pulang ke kediaman masing-masing.

Salma Syahbuddin