Plank, senaman rintangan yang paling mudah, praktikal dan efektif untuk dilakukan bagi mendapat bentuk badan yang ideal.
Senaman plank mempunyai banyak manfaat antaranya mampu menjadikan otot lebih stabil dan kuat, membaiki postur badan, meningkatkan metabolisme tubuh, memperkuat otot teras otak dan menyokong tulang belakang.
Menurut American Council on Exercise (ACE), plank adalah senaman ideal untuk otot abdomen iaitu pada bahagian perut yang melibatkan semua kumpulan otot teras utama termasuk transverse abdominus, rectus abdominus, otot oblique luaran, glutes dan banyak lagi.
Senaman plank menjadi pilihan ramai kerana ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja tanpa menggunakan sebarang alatan senaman.
Bagaimanapun, mereka yang baru mencuba senaman plank sering melakukan kesalahan tanpa sedar sehingga manfaat plank tidak diperoleh.
Selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri menerusi video perkongsiannya di YouTube berkongsi beberapa kesalahan yang perlu dielak ketika melakukan plank.
Menahan nafas akan menyekat bekalan oksigen kepada badan dan ia tidak akan memberi sebarang manfaat senaman plank terhadap badan. Jangan tahan nafas dan bernafas seperti biasa.
Jangan pandang ke atas atau ke hadapan kerana ia akan memberi tekanan pada bahagian leher. Sentiasa pandang ke bawah dan tenang (relax) ketika melakukan senaman plank.
Walaupun cara ini lebih mudah untuk membuat plank, namun ia tidak berkualiti. Pastikan punggung tidak dinaikkan dan paras punggung sama dan lurus dengan badan.
Jangan turunkan punggung sampai ke bawah atau melunjur ke hadapan sehingga posisi bahu melebihi bahagian siku (rujuk video). Kedudukan yang betul ialah posisi siku dan bahu hendaklah sama supaya dapat kongsi tekanan sama rata.
Tidak menjadi masalah jika mahu merapatkan tangan, tapi jangan letakkan dahi di tangan untuk berehat. Lakukan senaman plank mengikut tahap kemampuan sendiri dengan cara yang betul.
Bagi mendapat gambaran jelas mengenai kesalahan plank dan cara yang betul untuk melakukan senaman plank, boleh rujuk video di bawah. Semoga bermanfaat!
Chopsticks Asia Anjur Chopsticks Prihatin
Cantiknya baju Afifah... ada juga yang kritik