” 2 Lagi Kes COVID-19 Pulih Sepenuhnya, Tiada Kes Positif Baru ” – Netizen Luah Rasa Sayu Tengok Tweet Terakhir Dr Dzulkefly

Walaupun dengan pelbagai spekulasi yang timbul melibatkan negara kita,  isu Covid-19 masih mendapat perhatian dikalangan rakyat Malaysia.  Dalam perkongsian berita gembira yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly, terpalit juga rasa sayu apabila Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjalankan tugas terakhirnya sebagai Menteri Kesihatan.

Tweet yang dibuat beliau bagi menjelaskan keaadaan terkini tentang penularan virus Covid-19 di Malaysia itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya sayu dan sedih melihat kenyataan yang dibuat oleh beliau.

 

Terima Kasih Dr Dzulkefly!

Ternyata netizen yang membaca tweet terakhir beliau sebagai menteri kesihatan mengundang rasa sebak.

 

Menurut netizen, Dr Dzulkefly adalah seorang yang begitu fokus terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor terutamanya mengenai isu rokok dan Covid-19.
Untuk berita lanjut, anda boleh saksikan Buletin Utama di TV3, pada jam 8 malam ini.
Salma Syahbuddin