Politik By: Fatin Nurain November 22, 2022 @ 1:43pm

Agong Santuni Pengamal Media Di Istana Negara – “Kesian Awak Semua Kena Tunggu Sini”

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung untuk membuat liputan berkaitan pasca PRU15 di Pintu 2 Istana Negara, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, pihak Istana Negara telah memuat naik video Seri Paduka Baginda yang sedang memastikan kebajikan pengamal media yang terlibat terjaga.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, pihak istana turut menyatakan Seri Paduka Baginda juga berkenan untuk mengagihkan makanan tengah hari kepada pengamal media yang hadir.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan menyampaikan bungkusan makanan tengah hari kepada kira-kira 150 pengamal media yang bertugas membuat liputan berita berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10 pasca PRU15.

“Pada sesi lawatan itu, Seri Paduka Baginda bertitah supaya rakyat bersabar dan bertenang dalam kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini sehingga keputusan dicapai. #royal #malaysia,” katanya.

@istananegaraofficial 21 November 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyantuni pengamal media yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara. Seri Paduka Baginda juga berkenan menyampaikan bungkusan makanan tengah hari kepada kira-kira 150 pengamal media yang bertugas membuat liputan berita berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri ke-10 pasca PRU15. Pada sesi lawatan itu, Seri Paduka Baginda bertitah supaya rakyat bersabar dan bertenang dalam kemelut politik yang berlaku dalam negara ketika ini sehingga keputusan dicapai. #royal #malaysia ♬ original sound – Istana Negara

Hasil tinjauan di ruangan komen, kebanyakan warganet menzahirkan rasa terharu dan memuji tindakan Seri Paduka Baginda yang sangat prihatin terhadap rakyatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Sep 2019

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Masih Belajar, Fasha Sandha Minta Peminat Sabar

Jujurnya dia tidak kisah dan menunggu sehingga saya benar-benar sudah bersedia.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Netizen Gempar Bila Remy Ishak Padam Semua Gambar Di IG

Semoga semuanya baik-baik sahaja…

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Suami Arwah Rohana Jalil Mahu Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Cuai Buat Pembedahan

Allahu..semoga Arwah Rohana Jalil ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。

Hiburan Tue, 21 Jan 2020