“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai.

Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka yang diberi nama Rizqaa Rizman yang kini berusia lapan bulan.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram,Rizman meluahkan rasa syukur apabila isterinya kini tampil mengenakan hijab sepenuhnya.

Menerusi satu foto yang dimuat naik Rizman mendoakan agar isterinya kekal istiqamah dengan perjalanan baru itu.

“Alhamdulillah, perjalanan baru untuk Nurida. Semoga istiqamah.. InshaAllah amin ya rabbalalamin,” tulisnya.

Perkongsian Rizman itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memenuhi ruangkan komen dan memuji kecantikan Nurida yang anggun berhijab.

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada September 2019 dan memiliki seorang cahaya mata

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”