Featured By: Attiqah Mohd August 9, 2021 @ 12:34pm

“Anak-Anak Belum Tahu Ketiadaan Arwah Ibu Mereka”- Shuib Reda Pemergian Siti Sarah Yang Bergelut Untuk Selamatkan Bayi

Pelawak dan suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib reda dengan pemergian isteri tercinta yang menghembuskan nafas terakhir 5.13 pagi tadi.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur selepas melahirkan anak di dalam kandungan yang berusia tujuh bulan secara pembedahan dan pada masa yang sama, Sarah berjuang melawan wabak Covid-19.

“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya.

“Saya belum memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibu mereka kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Shuib lagi, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya dapat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibu mentuanya.

“Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama arwah ibunya. Tapi sebaik tiba di sini, Alhamdulillah pihak hospital membenarkan jenazah isteri untuk dikebumikan di sana.

“Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya,” katanya.

Difahamkan jenazah Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 12 tengah hari dan urusan tayamum serta solat jenazah diuruskan oleh pihak hospital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 30 Apr 2021
Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Thu, 21 Apr 2022
Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Kenapa Zahiril Adzim Mencarut?

Kerana watak yang dipegang nya dalam satu drama meminta untuk beliau menjadi lebih realistik

Trending Tue, 26 Jan 2021

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Beri Kata Semangat Buat ‘Frontliners’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi satu hantaran di laman Facebook baginda menzahirkan kata-kaat semangat buat petugas perubatan di semua hospital di negeri tersebut. Kata-kaat […]