Bahaya! Tragedi ‘Funfair’ Cheras Selatan Korban Nyawa, Seorang Maut & Seorang Cedera Terjatuh Dari ‘Ferris Wheel’

Media sosial digemparkan dengan video tular pada tengah malam tadi yang memaparkan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah permainan buaian berpusing.

Memetik laporan Berita Harian, mangsa lelaki yang berusia 39 tahun itu ditemui mati manakala seorang lagi cedera akibat terjatuh dari permainan tapak pesta ria di Cheras Selatan, Kajang.

Polis menerima panggilan mengenai kejadian ini pada jam 12.05 malam daripada seorang lelaki yang bekerja di tapak pesta ria tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman, berkata siasatan masih lagi dilakukan untuk mencari punca sebenar disebalik kejadian ini.

Beliau turut menjelaskan tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku semasa kejadian ini.

Mayat yang telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat bagi menemui punca kematian.

Manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, terdapat satu perkongsian di laman Twitter oleh pengguna dibawah nama @__nhmz, dimana dia berkongsi satu gambar yang diambil dari rakannya yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

Di dalam perkongsian tersebut, gadis ini menjelaskan dia tiada sebarang niat untuk menakutkan orang yang merancang untuk pergi ke taman ria tetapi dia menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari menaiki buaian berpusing di tapak pesta ria Cheras Jaya.

Ini kerana permainan berkenaan tidak mempunyai ciri keselamatan yang baik seperti tidak mempunyai pagar metal dan tidak stabil.

 


Difahamkan gadis yang menyaksikan kejadian ini masih berada dalam keadaan trauma.

Sumber: Berita Harian

Arfah