Trending Hari Ini By: Salma Syahbuddin May 9, 2019 @ 4:19pm

Bangga Bila Berpuasa, Tapi Hakikatnya Solat Diringan-ringankan?

Ramadan adalah bulan yang  penuh keberkatan, dan ramai diantara kita pastinya memanfaatkan bulan ini sebaik yang mungkin dengan amalan sedekah, solat dan berdoa. Namun, terdapat segelintir diantara kita, yang masih lalai dalam bab menjaga solat terutamanya di bulan ramadan. Jom kita check tentang apakah agaknya hukum yang dikenakan kepada mereka yang bangga berpuasa sebulan penuh tapi hakikatnya solat itu diringan-ringankan.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, dalam kitabnya Fatawa Muasirah ;

” Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa di bulan Ramadan serta mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan, dan bagi sesiapa yang meninggalkan salah satunya tanpa asbab yang sahih seperi keuzuran, maka dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Bagi sesetengah Ulama berpendapat adalah kufur sekiranya meninggalkan salah satu ibadat ini, ada pula yang yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat dan tidak melaksanakan zakat dan sebahagiannya pula berpendapat sesiapa sahaja yang meninggalkan sembahyang dikira kufur kerana itu solat itu adalah tiang agama. 

Orang Yang Tinggal Solat, Pahalanya Tidak Diterima!

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima. Namun, ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Bagaimanapun, Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

(Surah al-Zalzalah: 7-8)

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.”

So, kepada korang yang selalu bermegah-megah dapat menghabiskan puasa selama sebulan tu, apa kata ringankan tulang dan betulkan niat bahawa solat dan puasa itu haruslah seiring . Barulah dapat keberkatan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jun 2024
Featured Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

‘Kilang Untuk Ketawa’ Dah Ada Di Malaysia?

Pengasasnya, Harith Iskander mahu premis ini berkembang sebagai hab pendidikan yang menawarkan bimbingan dalam pengucapan khalayak dan korporat selain membina keyakinan diri anak kecil.

Featured Tue, 7 Feb 2023

#RoadToAJL37: Selepas Pertama Kali Jadi Finalis, Ini 5 Penyanyi Terus Melonjak Naik Selepas Sertai AJL!

Fuhhhh, Anugerah Juara Lagu (AJL) melahirkan bakat-bakat besar yang kekal relevan hingga kini! 🤩🤩

Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Sun, 28 Jul 2019

Raysha Rizrose Bosan Jadi Baik?

Bawak banyak bersabar Raysha

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Elfira Loy Sudah Hamil?

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik story yang menunjukkan beliau seakan mengidam asam jeruk. Selalunya ibu-ibu mengandung memang macam ni. Dah bagi hint ke tu?