Hiburan By: SGMS Faida August 13, 2018 @ 4:17pm

‘Kilang Untuk Ketawa’ Dah Ada Di Malaysia?

Bagi anda yang sedang stress dengan masalah harian, apa kata singgah ke sini! Mungkin ini dapat membantu anda lupakan masalah seketika, mana lah tahu kan?

Pelawak terkenal, Harith Iskander mengumumkan sebuah gelanggang bagi arena pelawak tunggal atau ‘stand-up comedy’ yang diberi nama di The Joke Factory.

Pusat yang beroperasi di Publika Kuala Lumpur itu mula dibuka pada 3 Ogos lalu. 

Menurut Harith, premis itu bakal dijadakan sebagai hab pendidikan untuk semua lapisan usia daripada golongan korporat hingga kanak-kanak.

“ Sudah lama saya impikan untuk membuka sebuah gelanggang sebegini tetapi hanya sekarang berjaya direalisasikan.

“ Saya mahu premis ini berkembang sebagai hab pendidikan yang menawarkan bimbingan dalam pengucapan khalayak dan korporat selain membina keyakinan diri anak kecil.

“Saya juga ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bersama penggiat lawak tunggal lain melalui penganjuran kelas atau bengkel komedi,” katanya kepada BH Online.

Beliau turut teruja dengan projek terbarunya ini dalam masa sama berpandangan jauh dalam hal ini dan melihat potensi bidang pelawak tunggal di Malaysia adalah besar.

“Sebagai negara berbilang bangsa, kita bertuah mempunyai pelawak tunggal dalam kalangan mereka yang berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“Mereka bakal mengisi slot di The Joke Factory nanti,” katanya.

Berkongsi jadual persembahan di pusat berkenaan, Harith memberitahu, jadual acara sehingga bulan depan sudah penuh termasuk sesi bersama bintang komedi Singapura, Gurmit Singh.

Harith menambah, bagi memeriahkan pembukaan gelanggang yang berkonsep restoran keluarga itu, pengunjung berpeluang mengikuti persembahan secara percuma sehingga Khamis ini.

Antara pelawak yang bakal beraksi termasuk Andrew Netto, Gajen Nad, Nicholas Lim, Keren Bala Devan, Pralash Daniel, Muzakil Xynll, Nizam Jentik-Jentik, Rayza Mukmin dan Mikhail Svrcula.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Aug 2023
Hiburan Mon, 8 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & […]

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

卢广仲演唱会惊喜不破梗:自己来现场看!

「国民长孙」卢广仲出道11年,首次来马举办巡演让他都直呼等了好久,并指 “马来西亚的演出是我2020第一场演唱会,希望这个好开始能搭上好运的顺风车,一路好到底!”

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Featured Mon, 11 Oct 2021