Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 23, 2023 @ 3:07pm

Perancangan Nak Rujuk Bersama Diana Danielle Kembali? Ini Respons Farid Kamil…

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil masih tiada perancangan untuk rujuk kembali bersama bekas isteri, Diana Danielle dalam tempoh idah selepas disahkan bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.

Memetik laporan Kosmo, dia menyerahkan semua ketentuan hidupnya kepada Tuhan dan menerima semua takdir dengan hati yang reda.

“Jodoh dan maut itu ditangan Allah dan saya tidak tahu apa perancangan Tuhan malah cuma menjalani semua ini dengan berlapang dada.

“Untuk proses memujuk atau rujuk, buat masa ini tidak ada,” katanya.

Pada masa sama, dia percaya apa yang berlaku sudah tertulis sejak azali lagi.

“Sebenarnya masa depan ini telah tertulis sejak awal lagi dan setiap yang ditakdirkan saya terima sahaja.

“Kehidupan sendiri, ini pengalaman yang baru. Saya perlu tempuhi dengan keredaan dan kerelaan hati namun apa yang pasti saya tahu ialah saya tetap disayangi.

“Sukar? Mula-mula saya hidup sendiri, bersama dan kini kembali solo. Ini satu perjalanan hidup yang sudah tertulis dan hanya menghadapinya dengan tenang,” jelasnya.

Disoal tentang penglibatannya dalam beberapa majlis agama baru-baru ini, pelakon filem Anwar: The Untold Story baru sahaja selesai menyertai program suluk.

Sekadar info, suluk bermaksud mendekatkan diri dengan Tuhan melalui cara pengasingan diri untuk bertafakur.

“Alhamdulillah, saya baru selesai sertai program bersuluk.

“Saya rasa itulah taufik dan hidayah yang diperolehi selepas apa yang berlaku (perceraian),” ujarnya ringkas.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan hak penjagaan penuh dua anak Farid iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8, menjadi milik Diana.

Namun, Farid masih diberikan hak lawatan anak mengikut perjanjian secara global yang sudah dipersetujui kedua belah pihak.

Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Bercerai Talak Satu Melalui Google Meet

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Dec 2024

“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi” -Zahnita

Hiburan Sun, 5 May 2019

演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥

新加坡演唱会结束歌迷不愿离场!A-Lin超疼歌迷二度安哥~

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Semoga memperoleh umrah yang mabrur…

Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

error: Content is protected !!