Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana June 21, 2024 @ 10:37am

Dihubungi Scammer Menyamar Jadi ‘Nadia Brian’, Puteri Sarah Ditawar RM15,000 Buat Servis ‘Escort’ Datuk

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk melakukan servis ‘escort’ datuk oleh seorang individu yang menyamar sebagai rakan selebriti, Nadia Brian.

Sarah menjelaskan individu terbabit menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp dan menggunakan wajah Nadia sebagai paparan gambar (display picture).

Menurut Sarah, individu itu pada mulanya hanya bertegur sapa dengannya dan bertanya tentang jadual penggambaran.

Kemudian, individu berkenaan mula menawarkan Sarah untuk berjumpa dengan seorang Datuk untuk keluar minum dengan bayaran sebanyak RM15,000.

Dalam masa yang sama, Sarah turut mendedahkan yang dia diberi pesanan untuk tidak mengambil sebarang gambar atau video semasa ‘perjumpaan’ itu.

“Masa saya sedang shoot di IPD Gombak, saya dapat kiriman WhatsApp dari seseorang yang menggunakan nama Nadia Brian.

“Pada mulanya saya memang ingatkan itu Nadia, sebab cara dia bercakap pon sama. Dia tanya saya tengah buat apa semua.

“Kemudian sampai sahaja di set, dia hubungi sekali lagi dan tanya saya habis shooting pukul berapa. Dia tanya saya boleh tak kalau kita jumpa dengan Datuk malam ini lepas habis shooting, Datuk tu datang dari JB.

“Dia siap pesan pada saya, No Photo No Video. Kita teman je minum-minum coffee dengan bayaran RM15,000,” kata Sarah.

Sarah ditemui XTRA ketika sidang media Polis Peronda yang bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama semalam.

Aktres wanita itu bagaimanapun menolak tawaran ‘escort’ terbabit dan menghubungi Nadia untuk mengesahkan nombor telefon berkenaan.

Nadia bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tentang perkara itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

Dalam pada itu, pelakon Melastik Ke Hatimu itu turut bertindak bijak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai hal terbabit.

“Saya kemudian screenshot chat itu dan serahkan kepada pihak berkuasa IPD Gombak untuk buat report. Selepas mereka check nombor itu, memang sebenarnya itu nombor scammer,” jelas Sarah.

Jangan lupa saksikan Siri Polis Peronda yang bakal ditayangkan bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat jam 10.00 malam dan strim episode Baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Selain Puteri Sarah, siri ini turut dibintangi pelakon terkenal seperti Shah Iskandar, Raja Afiq, Ali Reza, Ramona Zamzam, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

王心凌新专辑「粉爱妮」向甜蜜致敬的经典款

Cyndi王心凌即将在12月推出第12张专辑!日前她个人IG出现一款「粉爱妮」IG九宫格,可说是向甜蜜致敬的经典款。

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Baju Raya Sepasang, Aidilfitri Sherry Ibrahim Tetap Meriah!

Benda boleh jimat, buat apa nak membazir kan?

Contest Wed, 6 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你去看朴宝剑《2019亚洲巡回粉丝见面会》马来西亚站

准备好见「国民男朋友」了吗? #xtra好康头 将送你去看朴宝剑《2019亚洲巡回粉丝见面会》马来西亚站~

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Mon, 5 Mar 2018

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Featured Sun, 9 Jul 2023
Featured Sat, 16 Mar 2024

Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan, Percaya Doa Boleh Merawat Luka – “ Ingatlah Bahawa Tiada Apa Yang Kekal”

Selepas ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Zarina Astillah menitipkan pesanan buat anaknya susulan konflik rumah tangganya tular, kali ini giliran ibu kepada Aliff Aziz pula tampil memberikan sokongan terhadap anaknya. Memetik laporan Harian Metro, […]

Hiburan Tue, 21 May 2019

Selesa Status Duda Alasan Fezrul Khan Tak Cari Calon Bini?

Agak-agak bila Fezrul bakal lepaskan status ‘duda hot’ in town eh?

error: Content is protected !!