Featured By: Attiqah Mohd June 22, 2021 @ 6:16pm

Bantuan Kepada M40- Pensyarah Ekonomi

Kerajaan dicadang memperluaskan bantuan kepada golongan M40 dalam fasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, beberapa inisiatif jangka masa panjang boleh diambil dalam meringankan beban golongan berkenaan termasuk lanjutan moratorium.

Beliau berkata, menerusi pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus), sebilangan besar golongan M40 mengeluh kerana maanfaat yang ditawarkan bersifat jangka masa pendek.

“Pertama kalau kita sebut golongan M40 bukan sahaja kena bayar hutang pinjaman, mereka kena bayar sewa kereta atau rumah atau utiliti pelan data internet, cukai pintu dan pelbagai belanja kos bulanan.

“Moratorium boleh diberi atau diskaun untuk bil utiliti pelan internet, cukai pintu yang diberikan agensi tertentu seperti pihak berkuasa tempatan, syarikat utiliti dan sebagainya.

“Jika ini dapat dilakukan maka komitmen bulanan M40 dapat dikurangkan dan bila berlaku penurunan pendapatan, masih ada lebihan pendapatan dan ianya tidak perlu semestinya melibatkan bantuan tunai secara langsung kepada kerajaan,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Sep 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Trending Sat, 1 Sep 2018

DBKL Tutup Tasik Titiwangsa Setahun

Pengunjung tidak perlu khuatir memandangkan DBKL turut menyediakan laluan khas bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti joging di sekeliling kawasan taman.

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Saya Dah Cuba’-Mawar Masih Sayangkan Fizo Omar?

Bekas isteri Fizo Omar mengaku dia telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

Featured Thu, 27 Apr 2023
Events Mon, 13 Jan 2020

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Dengar cerita, cetakan pertama album ini telahpun sold out guys!

error: Content is protected !!