Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion daripada Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.

Tengku Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.

“Setakat 11 Jun 2021, terdapat 669 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 331 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM65.9 juta,” katanya.

Sementara itu, katanya, seramai 143,309 peserta dalam program latihan dan kemahiran semula telah diluluskan setakat 11 Jun untuk mengambil bahagian dalam program-program yang disediakan.

— BERNAMA

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”