“Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Pelakon Aprena Manrose menjelaskan dirinya tidak ingin membuat sebarang pengumuman berikutan isu dilihat tampil mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini.

Aprena ketika ditemui di sidang media Drama Akasia Hatimu Sedingin Salju enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai penampilan terbarunya itu.

“Insya-Allah, tak nak cakap apa apa just minta semua doakan yang baik-baik” komennya ringkas.

Walaubagaimanapun, pelakon jelita itu mengakui dirinya mempunyai lebih banyak masa dan  menggunakan waktu yang terluang untuk mendekatkan diri kepada Tuhan sepanjang pandemik ini.

“Tidak ada apa-apa aktiviti menarik pun cuma saya lebih banyak meluangkan masa memasak dan mendekatkan diri kepada Tuhan” jelasnya lagi.

Aprena bakal muncul drama Akasia Hatimu Sedingin Salju , hari Isnin – Jumaat setiap jam 7 malam bersama dengan Hisyam Hamid dan dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada pukul 8.00 malam pada hari yang sama selepas siaran TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”