Bayaran BPR Rayuan & BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Penerima Bermula…

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung September 2021.

Bayaran ini juga akan dikreditkan secara terus bersama-sama bayaran penerima BPR Fasa 3. Pembayaran rayuan BPR ini akan melibatkan 200 ribu penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta kepada golongan B40.

Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman Facebooknya juga menjelaskan bahawa mereka yang lulus rayuan BPR layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin yang dibuka sehingga 30 September ini.

Justeru itu, beliau amat berharap agar bantuan BPR dan program Jaringan Prihatin ini akan dapat membantu kelangsungan kehidupan serta memudahkan pembelajaran anak-anak agar lebih lancar dan kondusif.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan semakan status kelulusan rayuan BPR kini boleh dibuat menerusi portal rasminya bermula hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Status Rayuan BPR Boleh Disemak Bermula Esok -Tengku Zafrul

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 September Ini Mengikut Kategori Sehingga RM1,400

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh Rayuan Bantuan BPR Dibuka Mulai 15 Jun Ini Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Bagi Isi Rumah & RM100 Untuk Golongan Bujang Bermula Jun Ini!

Salma Syahbuddin