Pemohon GKP 4.0 Terima Bayaran Secara Terus Ke Akaun Bank Bermula 21 September Ini – PM

Kerajaan menyalurkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM500 juta lagi di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan mula dibayar pada 21 September bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran GKP 4.0 juga akan dibayar melalui dua fasa iaitu pada September dan November ini.

  • 21 September 2021 (RM500)
  • November 2021 (RM500)

Tambahnya lagi, pembayaran juga akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.” Katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

Untuk makluman juga, semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP4.0 di gkp.hasil.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN: Semak Status & Tarikh Bayaran Tambahan GKP 4.0 Sehingga RM1,000 Bermula September Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Semak Status Kelulusan Pembayaran & Syarat Layak GKP Tambahan Bermula Hari Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Salma Syahbuddin