Status Rayuan BPR Boleh Disemak Bermula Esok -Tengku Zafrul

Semakan status kelulusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh dibuat menerusi portal rasminya bermula 18 September 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata,  pembayaran rayuan itu melibatkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September ini, bersekali dengan penerima bayaran BPR fasa tiga,” Katanya.

Untuk makluman, semakan status kelayakan BPR fasa 3 anda boleh dibuat di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bpr.hasil.gov.my bermula jam 7 pagi.

Ini kerana,  sesi penyenggaraan sistem BPR akan dilakukan pada 18 September 2021 (Sabtu) bermula dari jam 12 pagi sehingga jam 6 pagi pada hari tersebut dan sepanjang sesi penyenggaraan ini, aplikasi BPR tidak akan dapat dicapai.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, baki pembayaran BPR (Fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan Fasa 3) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) juga dijangka akan disalurkan kepada penerima antara September hingga Disember 2021 dengan anggaran peruntukkan sebanyak RM4.8 bilion.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 September Ini Mengikut Kategori Sehingga RM1,400

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh Rayuan Bantuan BPR Dibuka Mulai 15 Jun Ini Sehingga…

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Bagi Isi Rumah & RM100 Untuk Golongan Bujang Bermula Jun Ini!

Salma Syahbuddin