Categories: Trending

Pernah 3 Kali Keguguran, Syatilla Melvin Sahkan Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin disahkan hamil selepas mengalami keguguran pada April.

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang tak disangka ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

“Kali keenam. Syukur Alhamdulillah. Baru rancang nak pakai alat pencegahan kehamilan dalam rahim (IUD), tahu tak? Rezeki Allah nak bagi.

“Hari-hari minta Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai sembilan bulan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sam menerusi laman Instagram miliknya turut mengumumkan berita baik ini dan memaklumkan usia kandungan Syatilla kini memasuki tiga minggu.

Pada April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami keguguran buat kali ketiga ketika usia kandungan mencecah lapan minggu.

Mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016, Syatilla pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum melahirkan Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.

Padin