Featured By: Marcella November 16, 2021 @ 2:03pm

“Best Juga, Dapat Gaduh Dengan Orang…” – Chacha Maembong

Pelakon Chacha Maembong ingin menyahut cabaran mencuba karakter yang belum dibawakan olehnya.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail ingin membawakan karakter antagonis atau pun watak aksi.

“Saya nak cuba satu watak yang lain yang orang lain rasakan watak itu susah untuk saya buat macam watak aksi, bergaduh, pukul-pukul atau ganas. Suka sangat watak aksi.

“Kalau ada rezeki, saya sanggup nak cuba mana-mana watak iaitu watak yang saya tak pernah buat.

“Contohnya macam watak Ellana dalam Cukup Derita Itu, saya tak pernah buat yang jahat macam ni. Jadi something new for me, saya akan excited sangat,” katanya.

Chacha memegang watak sebagai pasangan kembar kepada Ruhainies (Ellani) dalam drama bersiri Cukup Derita Itu 2 yang bersiaran menerusi slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Selain Chacha, drama bersiri ini turut menampilkan Hisyam Hamid, Ruhainies, Jasmin Hamid, Didie Alias, Fahrin Ahmad dan ramai lagi itu telah mula ditayangkan bermula 15 November.

Tambah Chacha, dia akan menerima watak antagonis jika ditawarkan oleh mana-mana penerbit drama.

“Saya akan terima. Tak kisahlah watak tu saya telah buat atau tidak, tapi saya suka buat something yang lain.

“Walaupun watak antagonis saya dah pernah buat, saya bentukkan karakter agar ia berbeza dengan watak antagonis sebelum ini. Bukan yang macam sama sahaja untuk semua watak.

“Macam antagonis yang saya bawakan kali ini, mostly dia diam, psiko, ada antagonis yang loud jadi kita cuba tukar dari fizikal dan cara berdialog.

“Tapi saya akan ambil semua watak antagonis sebab bagi saya, best juga antagonis ni dapat gaduh dengan orang,” jelasnya di sidang media maya drama Cukup Derita Itu 2 pada Isnin.

Dalam pada itu, Chacha tidak kisah sekiranya watak itu bukan watak utama kerana watak kecil juga penting untuk membentuk sebuah drama.

“Semua memang ada cabaran yang berbeza sebab saya nak fikir macam mana saya nak bentukkan satu watak yang sangat simple dan karakter dia kecil saja, bukan lead.

“Walaupun watak kecil, kita kena naikkan juga. Kita kena bentuk sesuatu yang orang boleh tahu dia watak apa terus. Watak kecil pun penting juga dalam drama,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Harris Baba Kembali Menyanyi!

Harris bakal muncul dengan sebuah album Julai ini bagi mengubati kerinduan peminatnya.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Featured Mon, 17 May 2021

“Selagi Tiada Rasa, Mana Mungkin Boleh Melupakan” – Intan Saleh Luah Perasaan Setelah Bersua Dengan Izreen Azminda?

Pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya, Intan Saleh akhirnya dipertemukan setelah empat tahun dalam program Melodi Raya yang bersiaran semalam. Menerusi Instagram Izreen, aktres itu memuat naik foto bersama Intan berserta kapsyen ‘memohon […]

familuv Wed, 13 May 2020
Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Featured Sun, 5 Apr 2020
Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。