Featured By: Attiqah Mohd July 6, 2021 @ 9:06pm

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok.

Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memahami bahawa moratorium akan meningkatkan kos pinjaman secara keseluruhan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan bagaimanapun hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.

“Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.

“Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan,” katanya.

BNM turut memberi jaminan, Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada tahun 2021.

“Industri perbankan telah memberikan komitmen dan keyakinan untuk membantu peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan disebabkan oleh sekatan pergerakan.

“Dalam hal ini, BNM akan memantau dengan rapi pelaksanaan program bantuan bayaran balik pinjaman oleh industri perbankan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Fri, 26 Jan 2024
Trending Thu, 6 Sep 2018

Barisan Bintang Hantu Kak Limah Bakal Bergelar Orang Kaya, Andy Lau Beri Bonus!

Barisan pelakon dan krew produksi Hantu Kak Limah akan menerima bonus daripada syarikat penerbitan Infinitus Gold dan Astro Shaw.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Selepas Beberapa Kontroversi ‘Panas’, Beginilah Penampilan Terbaru Fathia Latiff

Nak tengok bagaimana agaknya penampilan terbaru pelakon popular Ariana Rose ni, jangan lupa klik dan baca berita okay!

Featured Fri, 10 Feb 2023

Pernah Ditolak Uji Bakat Filem, Alvin Chong Terkilan Gara-Gara…

Ala kenapa tu Alvin…nanti ada la tu rezeki

Trending Fri, 21 Jun 2019

Selepas Nepal, Indonesia Pula Haramkan PUBG

Selepas Nepal, Indon pula haramkan PUBG. Dah kenapa?