Trending By: Padin September 11, 2021 @ 5:57pm

Dana Perniagaan Berjumlah RM200,000 Menanti Pendengar Bertuah Buletin FM

Selepas transformasi baharu yang dilakukan oleh Buletin FM, kini stesen radio di bawah Media Prima Audio bakal menampilkan kempen menarik buat pendengar setia iaitu Usahawan Buletin FM.

Buletin FM tampil dengan kempen yang lebih memfokuskan untuk bantu peniaga di luar sana yang terkesan disebabkan Covid-19. Kempen Usahawan Buletin FM bakal menawarkan dana perniagaan berjumlah RM200,000.

Kempen ini bertujuan untuk bersama-sama membantu orang ramai yang ingin memulakan perniagaan baharu atau mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada. Menerusi kempen ini juga, diharap dapat membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.

Antara langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menyertai Usahawan Buletin FM ini adalah pendengar boleh melayari website Buletin FM di www.buletinfm.audio dan cari pautan Usahawan Buletin FM.

Selepas itu, mereka perlu mengisi maklumat diri mereka dan apa jua perniagaan yang diceburi, idea perniagaan mereka boleh dihantar di ruang yang telah disediakan dan nyatakan mengapa mereka layak untuk mendapatkan dana perniagaan tersebut. Mereka juga boleh melampirkan pelan perniagaan yang telah dibuat.

Setiap pagi, Ally Iskandar dan Hawa Rizwana akan menghubungi pendengar yang telah menghantarkan idea perniagaan mereka menerusi segmen Fokus Pagi Bersama Ally Iskandar & Hawa Rizwana (6 pagi – 10 pagi).

Mereka bersama-sama juri profesional akan menilai idea-idea perniagaan yang telah dihantarkan. Lima idea perniagaan akan disenarai pendek bagi setiap pusingan dan mereka akan menghadapi cabaran-cabaran yang akan diberikan dan diadili oleh juri profesional. Usahawan Buletin FM akan dilakukan sebanyak dua pusingan.

Dua orang pemenang Usahawan Buletin FM akan dipilih dan berpeluang membawa pulang dana perniagaan berjumlah RM175,000 untuk slot iklan radio dan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang.

Selain itu juga, dua orang pemenang Usahawan Buletin FM akan menjalani program Mentor bersama salah seorang daripada juri profesional. Mereka akan dibimbing untuk memastikan perniagaan mereka berjaya direalisasikan atau mampu untuk bangkit semula selepas terkesan disebabkan Covid-19.

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 93.6FM Kuala Terengganu; 88.6FM Kota Bharu; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656.

Buletin FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021

Siti Nordiana, Ben Amir, Haqiem Rusli Antara Artis Yang Raih Undian Tertinggi, Jom Semak SENARAI PENUH Calon Top 5 ABPBH 34

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui […]

Featured Wed, 26 Apr 2023
Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Trending Fri, 8 Mar 2019

Pembantu Rumah ini ditangkap majikan kerana cuba seludup wang dalam kotak minuman!

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Lepas DJ Radio, Shuk Teringin Nak Jadi Penyanyi

Jika ada peluang saya teringin rakam lagu mengandungi elemen nasihat, teguran atau kisah masyarakat. Macam lagu-lagu yang pernah dihasilkan kumpulan Senario. Best juga kan?

Hiburan Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!