DUET DENGAN WANITA LAIN? TAJUL PERLU MASA ‘EXTRA’

 

Bakal tampil dengan single terbaru bersama Wany Hasrita, penyanyi Tajul akui dirinya lebih selesa berduet dengan wanita itu berbanding penyanyi wanita lain.

Katanya, keserasian wujud tanpa mengambil masa yang lama jika duet bersama Wany Hasrita. Wah dik, lain macam bunyi ni…

 “ Sedikit masa diperlukan untuk membina perasaan tersebut dengan penyanyi lain,” katanya ringkas.

Keserasian bermula selepas penghasilan duet mereka bertajuk Disana Cinta Disini Rindu, tahun lalu.

Akui Tajul lagi, chemistry tercipta mungkin disebabkan keduanya sudah biasa dan memahami antara satu sama lain.

” Kalau berduet dengan penyanyi wanita lain memerlukan sedikit masa untuk cipta keserasian itu. Cumanya, jika diberi peluang tak salah untuk saya mencuba,” beritahu Tajul kepada mStar Online.

Lagu Disana Cinta Disini Rindu ciptaan komposer Patrick Kamis ternyata menerima sambutan baik pendengar. Buktinya, lagu itu mendapat lebih 11 juta tontonan di laman YouTube sejak dimuat naik sejak Jun 2017. 

Namun berlainan bagi Wany pula. Wanita cantik manis ini memberitahu dia tiada masalah jika berduet dengan mana-mana penyanyi lelaki lain.

“ Saya bersikap profesional dan menjadikan gandingan tersebut diterima ramai sama seperti lagu terdahulu.

“Saya tak kisah jika perlu berduet dengan penyanyi lain. Soal kerja saya kena profesional dan melakukan sebaik mungkin. Saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan ikhlas, Insya-Allah peminat akan terima dan tak salah kita cuba sesuatu yang baru.

“Lagipun sekarang ni saya banyak terima tawaran persembahan dengan penyanyi-penyanyi lelaki lain seperti Khai Bahar dan ramai lagi, jadi tak ada masalah tentang hal ini,” katanya.

 

 

 

 

SGMS Faida