Featured By: Marcella January 3, 2022 @ 1:00pm

Gagal Merentasi Sungai, Warga Emas Maut Dihanyutkan Arus Deras

Seorang warga emas maut selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberangi Sungai Lininkung, Telupid untuk menuju ke rumahnya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa berusia 60 tahun dilaporkan cuba menuju ke rumahnya yang hampir ditenggelami air sebelum dihanyutkan arus deras.

“Beberapa penduduk kampung kemudian menemui lelaki itu tidak jauh dari lokasi dia hanyut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Tambah Kasim, pihaknya menasihatkan masyarakat di daerah berkenaan supaya sentiasa peka keadaan semasa dan mengelakkan diri melalui kawasan banjir.

Jumlah kematian akibat banjir di Sabah meningkat kepada tiga orang.

Sebelum ini, dua kematian direkodkan di daerah sama iaitu di Paitan dalam dua kejadian berasingan pada Jumaat.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 28 tahun yang sedang memasang pukat ketika banjir dan hujan lebat dilaporkan hilang di Kuala Penubukan.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui pada keesokan harinya.

Mangsa kedua pula membabitkan pekerja ladang lelaki berusia 26 tahun, dihanyutkan arus deras ketika cuba melintas jalan di Kampung Kinadaan dan mangsa belum ditemui sehingga kini.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Wanita Tipu Isteri Itu Bukan Skandal Saya’- Fauzi Nawawi

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ramai yang menganggap perkongsian yang dibuat oleh isteri kerana skandal saya dan sebagainya gara-gara kontroversi sebelum ini.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Events Fri, 12 Jul 2019

‘Happy Birthday’-Kejutan Agong Buat Tun M, Isteri Di Istana Negara

Selamat Hari Jadi, Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah. Semoga terus sihat, Amin!

Hiburan Sat, 28 Apr 2018

Gelaran Sayang? Saya Masih Panggil Dia Awi

Awi banyak memberi kekuatan dan semangat ketika dia berada saya dalam keadaan putus asa. Alhamdulillah…

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

Konsert Transcendence Hadiah Butterfingers Untuk Peminat

2 jam 90’s Grunge tanpa henti! Yasssss!!!