Girlpower! Bekas Pelajar MRSM Pengkalan Chepa Ini Tercalon Dalam SIGMA XI, Duduk Sebaris Albert Einstein

Mungkin Pertubuhan Sigma XI jarang didengar oleh masyarakat kita, namun, Sigma XI merupakan sebuah Pertubuhan Profesional Antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai disiplin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Ainil Asyikin Norazman yang juga merupakan graduan Princeton University, New jersey iaitu universiti yang bertaraf Ivy League.

Ainil yang merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Aeroangkasa ini telah menerima anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research untuk kajiannya yang bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.

Malah, Ainil juga berjaya menerima wang tunai sebanyak USD$2,000 dan tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma XI.

Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook MARA USA, kecemerlangan Ainil tidak bermula di sini malah beliau yang sebelum ini menjadi penerima Anugerah Biasiswa Perdana sehingga melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas,New Mexico.

Untuk rekod, terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli Sigma XI seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA Molecular Biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).

 

Salma Syahbuddin