Categories: Trending

“Ini Serius Copy Original, Dagu Runcing, Mata, Senyuman….Comelnya!” – Dedah Wajah Terkini Anak, Ramai Setuju Nur Khawla Soleha Mirip Ernie Zakri

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkongsi wajah terkini puteri sulungnya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga bulan.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi platform media sosial penyanyi itu ternyata membuatkan warganet terpegun sebaik sahaja melihat foto Ernie bersama anaknya.

Malah, rata-rata peminat dan juga rakan artis sebulat suara bersetuju bahawa wajah Khawla memang menyerupai ibunya itu.

Hantaran yang dimuat naik pelantun lagu Boneka ini juga telahpun meraih lebih 100,000 tanda suka dan dibanjiri komen warganet yang mendoakan kesejahteraan pasangan Ernie dan Syamel serta anak mereka.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021.

Syamel mas kahwin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian namun, wang hantaran dirahsiakan.

Salma Syahbuddin