Disyaki Guna Kabel Datuk Untuk Intern Di AirAsia, Netizen Back Up Anak Azhar Sulaiman – “Hasil Usaha Sendiri… Dia Budak Pandai”

Sebelum ini, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona menerima kritikan netizen akibat sering berpenampilan seksi.

Terbaru, gadis berusia 20 tahun ini sekali lagi terpalit dalam perbalahan antara netizen yang tidak berpuas hati dirinya menjalani latihan industri di AirAsia.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi @airasiasuperapp, di mana video tersebut memaparkan Leona yang sedang menari sambil diperkenalkan kepada umum bahawa dia adalah seorang pelatih industri.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ia dibanjiri dengan komen-komen netizen yang seakan dengki atau tidak berpuas hati apabila Leona mendapat tempat di syarikat penerbangan itu dan mendakwa ia adalah kerana ‘cable’.

Ini susulan segelintir individu yang mendedahkan bahawa Leona merupakan cucu kepada ‘co-founder’ AirAsia iaitu Datuk Pahamin A Rajab dan timbul dakwaan hubungan terbabit telah memudahkan Leona untuk mendapat tempat di sana.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang membidas semula dakwaan berkenaan dengan menegaskan bahawa Leona layak menimba pengalaman di AirAsia kerana dia merupakan seorang pelajar pintar serta mendapat 7 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aqilah Paharuzi