Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah – “Tiada Cara Untuk Menjalin…”

Semenjak pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad memberi sokongan terbuka kepada penyanyi Shila Amzah ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 berlangsung baru-baru ini, nama mereka berdua sering dikaitkan sehingga ke hari ini oleh netizen yang mahu melihat mereka kembali menjalin cinta.

Pelantun lagu Patah Seribu itu berkata, dia menerima gurauan peminat dengan hati yang terbuka, namun turut memohon agar peminat mendoakan kebahagian dia dan bekas kekasihnya itu dengan pasangan masing-masing kelak.

Shila, 32, memberitahu status mereka akan kekal sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu kerana mereka pernah melalui fasa bercinta yang disifatkan sebagai toksik.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk kami. Tapi, saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship.

“Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.

“Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen YouTube video sesi temu bual Shila dan mStar mendapati ramai dalam kalangan wanita yang memahami isi hatinya apabila disoal mengenai percintaan dengan bekas kekasih.

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi