Hayati Sejarah Perjalanan Para Rasul Dalam Jejak Rasul Ulul Azmi Sepanjang Ramadan Ini

Walaupun sambutan Ramadan tahun ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, namun pastinya terkandung hikmah disebalik apa yang berlaku terutamanya di negara kita.

Memandangkan seluruh rakyat Malaysia masih dalam tempoh PKP, apa kata kita manfaatkan masa bersama keluarga menimba ilmu pengetahuan dengan menyingkap kisah-kisah para Nabi Ulul Azmi.

Justeru itu, bersempena Ramadan tahun ini, pihak TV3 akan menyajikan siaran paling popular sepanjang Ramadan iaitu, Jejak Rasul Ulul Azmi yang bakal menemui penonton pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pada jam 6.30 petang hanya di TV3.

Salma Syahbuddin