“Biar Tahu, Jangan Keliru” Merungkai Persoalan Berkaitan Agama Hanya Dalam Tanyalah Ustaz

Menjelang Ramadan tahun ini, pihak TV3 akan menyajikan siaran rancangan interaktif Tanyalah Ustaz (TU) buat semua penonton bagi membincangkan soal jawab agama berkaitan Feqah, Akidah, Sirah, Munakahat, Tasawuf, Hadis dan Tafsir Al-Quran.

Bersiaran secara langsung setiap hari Ahad hingga Sabtu di saluran TV3 pada jam 6:30 pagi hingga 8:00 pagi dan saluran TV9, setiap episod akan menampilkan seorang Da’i daripada program Da’i TV3 sebagai hos. Antaranya seperti Da’i Annas, Da’i Hakim, Da’i Hilman, Da’i Azrin, Da’i Niezal, Da’i Aiman, Da’i Luqman, Da’i Hadhari dan Da’i Fahmi dan juga ahli panel jemputan.

Berikut merupakan antara 2 intipati atau DNA baru dalam Tanyalah Ustaz:

Perubahan Global

“Kita sendiri sedang merasai dunia sedang berubah dengan drastik. Ia memberikan kesan kepada seluruh kehidupan manusia sejagat. Keadaan ini memerlukan perubahan konsep dan hala tuju baharu penyiaran termasuk Tanyalah Ustaz serta sisi lainnya”

Kekuatan Kandungan Rancangan

Kandungan kekal aset utama kepada Tanyalah Ustaz yang bersifat memberi pencerahan kepada kekeliruan hukum, menjadi rujukan ilmu kepada pelbagai peringkat usia. Maka pada saya, mutu perbincangan haruslah sentiasa dikekalkan malah dipertingkatkan”

Untuk segala pertanyaan dan keraguan berkenaan topik yang dibincangkan, korang boleh menelefon nombor yang tertera ketika siaran langsung serta tuliskan soalan di ruangan komen laman Facebook Tanyalah Ustaz TV3.

Episod penuh Tanyalah Ustaz juga boleh dilihat di laman Tonton dan Youtube TV3 Malaysia Official dan TV9 Malaysia Official okay?

Buat yang terlepas menonton episod terbaharu, korang boleh saksikan video di bawah ini.

Semoga bermanfaat.

Syafiqa Irdina