Featured By: Salma Syahbuddin April 11, 2022 @ 1:44pm

“Jika Kamu Dewasa, Saya Terpaksa Jatuhkan Hukuman Mati…” – Remaja Bunuh Suami Terlepas Hukuman Gantung

Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun yang didapati bersalah membunuh suaminya lima tahun lalu akhirnya terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor.

Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud, membuat keputusan itu selepas mendapati Nurul Hidayah Abdullah ketika melakukan kesalahan itu masih dibawah umur 17 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh ditakrifkan sebagai kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dimana tertuduh tidak boleh dijatuhkan hukuman mandatori.

“Jika kamu dewasa, saya terpaksa jatuhkan hukuman mati…”

Difahamkan, tertuduh boleh merayu kepada Lembaga Pengampunan dan Sultan Johor untuk sebarang peringanan hukuman.

“Jika kamu dewasa saya terpaksa jatuhkan hukuman mati. Bersyukur kepada Allah kamu terselamat daripada hukuman mati. Saya doakan supaya kehidupan kamu selepas ini menjadi lebih baik, jadi orang bermanfaat, berguna kepada masyarakat dan keluarga. Saya sudah mendengar rayuan peguam kamu yang mana kehidupan kamu penuh dengan dukacita,” katanya.

Fakta kes menunjukkan pesalah telah menikam suaminya Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada di kediaman milik majikan suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam dan kejadian itu berlaku selepas lima bulan pasangan ini mendirikan rumah tangga.

 

 

Sumber/foto: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Sun, 17 Sep 2023
Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Selebriti Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Thu, 23 Nov 2023