Johor Ambil Langkah Berjaga-Jaga Pantau 7 Daerah Risiko Banjir

Ambil perhatian semua penduduk Johor.

Kerajaan Johor nampaknya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan hujan lebat dilaporkan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, pemantauan ditingkatkan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Muar, hari ini.

Sultan Johor Titah Jalani Ujian Saringan Kesihatan Di PPS

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menerusi laman Facebook semalam telah menitahkan supaya kerajaan negeri sentiasa memantau rapi situasi banjir di negeri itu.

“Saya berharap Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan ujian saringan kesihatan di setiap PPS bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19,” titah baginda.

Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir menurun kepada 614 orang berbanding 836 mangsa banjir di 13 PPS di tiga daerah iaitu Muar, Batu Pahat dan Pontian 4 petang semalam.

Stay safe semua!

Syafiqa Irdina