Categories: Trending

Kebenaran Solat Jumaat 2 Sesi Bakal Diteliti Sekiranya…

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini kerajaan membenarkan satu pertiga daripada kapasiti jemaah yang mampu ditampung sesebuah masjid dibenarkan untuk solat Jumaat dalam tempoh PKPP ini.

” Sebagai contoh, Masjid Negara mampu menampung sehingga 15,000 jemaah. Satu pertiga daripada jumlah itu ialah 5,000 jemaah dan itu agak besar jumlahnya.

“Sama ada solat Jumaat dua sesi perlu dilakukan, saya percaya ia akan diteliti menteri hal ehwal agama. Kalau ada keputusan, kita akan umumkan,”Katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan meneliti keperluan bagi membenarkan solat Jumaat dilakukan sebanyak dua sesi.

Terdahulu, Singapura telah membenarkan solat Jumaat dilakukan sebanyak dua sesi bermula 26 Jun ini agar lebih ramai rakyat beragama islam dapat melakukan ibadah tersebut.

Salma Syahbuddin