Categories: Trending

Personaliti Britain Puji Malaysia Tangani Covid-19 Selepas Rasai Pengalaman Dikuarantin!

Terbaik Malaysia!

Nampaknya cara dan tindakan negara kita menangani Covid-19 semakin mendapat perhatian dunia!

Ini termasuklah salah seorang personaliti televisyen Britain, Mark O’Dea yang memuji cara Malaysia mengendalikan pandemik COVID-19 dalam videonya, baru-baru ini.

Melalui video tersebut, dilihat beliau berkongsi pengalaman dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas pulang dari negara kelahirannya.

Beliau kagum dengan tindakan tegas agensi terlibat di Malaysia yang mementingkan penjarakan sosial dan imbasan suhu badan walaupun prosedur keselamatan itu tidak dipraktikkan di Lapangan Terbang Heathrow, London.

“Diiring Oleh Pihak Polis Paling Cool”

Menurut Mark lagi, antara benda paling ‘cool’ semasa pengalaman dikuarantin adalah ketika diiring oleh pihak polis ke lokasi hotel. Terbaik Malaysia!

Jom tengok video di bawah untuk lihat pengalaman Mark dikuarantin:

Sumber: Youtube Mark O’dea

Syafiqa Irdina