Categories: Trending

15 Lagi Kes Baharu Dicatatkan – MKN

Jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 15 kes baharu secara langsung menjadikan jumlah kumulatif kes secara keseluruhan adalah sebanyak 8, 587 kes.

2 kes import akibat jangkitan di luar negara

Dalam sidang media harian pada Isnin, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes baharu yang dilaporkan berkaitan penularan tempatan manakala dua kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Menurutnya, 13 kes yang dikesan itu adalah dalam kalangan bukan warganegara.

” Perincian kes jangkitan dalam kalangan bukan warganegara adalah satu kes dilaporkan di Selangor membabitkan kes saringan pra pembedahan di Hospital Selayang dan 12 kes daripada Kluster Pedas (Negeri Sembilan). Katanya.

Jumlah kes aktif adalah 289 kes

Tambahnya lagi, setakat ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 289 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

Manakala, tiada kematian berkait jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari pada Isnin.

Sekaligus, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 121 kes.

Salma Syahbuddin