OMG By: Salma Syahbuddin July 2, 2018 @ 5:29am

Kenapa Agaknya The Family UK Semakin Menjadi Sebutan?

Siapa agaknya yang tidak mengenali The Family Uk kan? Selepas kepetahan Fatimah atau lebih dikenali sebagai Timoh ini menjadi viral suatu ketika dahulu, kini rata-rata masyarakat Malaysia menjadikan mereka sebagai sebuah keluarga yang mempunyai anak yang sangat berkebolehan sehingga followers mereka meningkat setiap hari semata-mata mahu menyaksikan gelagat tiga beradik ini.

Dan baru-baru ini, Omar Mukhtar atau lebih dikenali sebagai @thepawsomelion ini sekali lagi mendapat liputan apabila remaja yang baru berusia 11 tahun itu berjaya memasuki sekolah terbaik dunia. Malah, kepada sesiapa yang mengikuti @thefamilyuk ini pastinya mengetahui sejauh mana kah Mukhtar bercita-cita untuk menggapai impiannya ini memasuki King Edward School di Birmingham.

Sumber : Instagram @thefamilyuk

Apa yang paling membanggakan adalah, seawal usia 10 tahun sahaja beliau sudah memasang cita-cita untuk memasuki sekolah terbaik dunia ini sekaligus mahu memasuki Universiti Oxford. Bukan itu saja, beliau juga merupakan antara 125 pelajar yang berjaya mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya. Wow! 

Agaknya, ibu-bapa manalah yang tidak bangga mempunyai anak yang cerdik dan sejak kecil lagi sudah mampu mempunyai visi dan misi dalam hidup kan? Justeru itu, bagi menghargai dan berterima kasih kepada semua yang turut mendoakan kejayaan beliau, Omar Mukhtar telah memuat naik gambar beserta caption ucapan beliau.

Sumber : Instagram @thefamilyuk

Tahniah Diucapkan kepada Omar Mukhtar! Semoga cita-cita beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sentiasa menjadi inspirasi buat anak muda kita di Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

DJ Avicii Meninggal Dunia

Saya melihat beliau sekali lagi keesokan harinya dan Avicii sangat peramah, rendah diri dan turut bergambar bersama…

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain…Terbaiklah Padi Reborn!

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱